"Dosa
umpama pokok yang tumbuh di dalam hati. Semakin lama dosa itu dibiarkan
tanpa dicabut keluar, maka semakin kuat cengkaman akar dosa itu di
dalam jiwa seseorang.
"dosa
umpama benih pohon kejahatan yang bersemi di dalam hati. Mula-mula dia
bercambah, mengeluarkan akar, batang, dahan, ranting & daun-daun."
Dosa penghalang untuk taat kepada Allah. Sedangkan taat itu menjamin keselamatan kita di dunia & akhirat.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung."
(An-Nur, 24: 31)
Dalam
sebuah hadits yang diriwayatkan Anas RA disebutkan bahwa telah datang
seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW. Dia lalu berkata, ”Ya,
Rasulullah, sesungguhnya aku telah berbuat dosa.” Nabi menjawab,
”Mintalah ampun kepada Allah.” Lelaki itu kembali berkata, ”Aku
bertobat, kemudian kembali berbuat dosa. ” Nabi bersabda, ”Setiap kali
engkau berbuat dosa, maka bertobatlah, hingga setan putus asa.” Lelaki
itu berkata lagi, ”Ya, Nabi Allah, kalau begitu dosa-dosaku menjadi
banyak.” Maka, Nabi bersabda lagi, ”Ampunan Allah SWT lebih banyak
daripada dosa-dosamu.”
Orang
yang boleh segera bertaubat hanyalah orang yang merasakan keagungan
Allah, takut kepada-Nya dan mengharapkan keampunan-Nya. Bukan kerana
takut penyakit atau sudah tidak berupaya atau tidak bertenaga atau untuk
selamat daripada dipenjarakan atau takut dihukum tetapi taubat yang
ikhlas semata-mata kerana Allah.
SYARAT SYARAT BERTAUBAT :
Taubat tidak akan sah dan tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wata’ala melainkan dengan lima syarat:
Ikhlas kepada Allah subhanahu wata’ala.
Meninggalkan maksiat yang hendak ditaubatkan daripadanya.
Menyesal dengan bersungguh-sungguh atas dosa yang telah dilakukan.
Berazam tidak mahu mengulangi lagi dosa tersebut
APAKAH SYARAT UTAMA TAUBAT ?
Syarat
paling utama dan terpenting dalam setiap taubat hamba Allah subhanahu
wata’ala kepada-Nya ialah penyesalan. Dalilnya ialah sabda Nabi
sollallahu ‘alaihi wasallam:
اَلنّدَمُ تَوْبَةٌ.
(رَوَاهُ ابْنُ حِبّانَ وَالْحَاكِمُ عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ وَأَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا. وَصَحّحَهُ الْحَاكِمُ.)
Maksudnya: Penyesalan itu ialah taubat.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan al-Hakim daripada Ibnu Mas‘ud dan Anas r.huma. Hadis ini dihukum sahih oleh al-Hakim).
HUKUM TAUBAT
Hukum taubat
adalah wajib dan fardhu ‘ain ke atas setiap mukallaf, sama ada taubat
daripada dosa besar ataupun daripada dosa kecil, daripada dosa zahir
ataupun daripada dosa batin. Dalilnya:
a. Allah subhanahu wata’ala berfirman:
ﮋﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤﮊ
(سُوْرَةُ التّحْرِيْمِ 66: 8)
Maksudnya:
Wahai
orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha
(iaitu taubat yang benar-benar menginsafkan tuannya dan cukup segala
syaratnya). Semoga Tuhan kamu akan menggugurkan daripada kamu dosa-dosa
kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga-Syurga yang sungai-sungai
mengalir di bawahnya.
(Surah at-Tahrim 66: ayat 8)
SIFAT SEMUA MANUSIA
Setiap
manusia banyak melakukan maksiat dan dosa, kecuali para nabi dan rasul
‘alaihimussolatu wassalam, kerana mereka maksum dan sentiasa dipelihara
oleh Allah subhanahu wata’ala.
Berhubung sifat dan hakikat manusia yang disebutkan ini, Nabi kita sollallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:
كُلّ بَنِيْ آدَمَ خَطّاءٌ. وَخَيْرُ الْخَطّائِيْنَ التّوّابُوْنَ.
(رَوَاهُ التِّرْمِذِيّ وَابْنُ ماَجَهْ عَنْ سَيِّدِنَا أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ.)
Maksudnya:
Setiap
anak Adam (iaitu setiap manusia) banyak melakukan dosa. Orang yang
terbaik di kalangan orang-orang yang banyak melakukan dosa ialah orang
yang banyak bertaubat.
(Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Sayyidina Anas bin Malik rodhiyallahu ta’ala ‘anhu.)
MENANGUHHKAN TAUBAT :
"kata imam Al-Ghazali : sesungguhnya kebanyakan jeritan penghuni adalah disebabkan penangguhan (taubat)."
Adakah kita semua pasti yang kita sempat bertaubat sebelum tiba masanya ? adakah kita pasti ? sedangkan telah diketahui ajal kita takkan dilambatkan. walaupun, satu saat sekalipun. Tiada siapa di antara kita mengetahui bilakah tibanya ajal kita. mungkin kita pergi ketika sedang membaca
update i ketika ini, mungkin juga kita pergi ketika sedang mandi.
mungkin juga ketika sedang bermain bola. semua itu adalah satu kemungkinan. Allah Maha Mengetahui.
TADAHKAN TANGAN ANDA AND MARI BERDOA :)
THANKS SUDI BACA BLOG :) OFFICIAL, SARAH HIJABISTA.