LA TAHZAN INNALILLAH MAANNA :)

  29 sept 2013
 
 
 
 
 
 
JANGANLAH KAMU BERSEDIH, AYUH BERGEMBIRALAH :)
                                            




     saat kita menempuh onak dan duri , derita dan kecewa kadangkala datang mencuit hati. kita menangis tak berhenti, hilang senyuman dan tawa, seolah olah dunia ini tiada ertinya lagi. segala yang terjadi dipersalahkan. tetapi lupakah kita ? lupakah ?

    

    Wahai Hamba ILAHI , begitulah kehidupan. kita tidak dapat menjangka mengapa dan apa yang bakal terjadi, kadangkala kita tersenyum gembira , tetapi kadangkala derita mencengkam jiwa. sesungguhnya, kita masih tergolong dalam golongan beruntung. jalan takdir Allah s.w.t tidak pernah salah, apa yang telah ditetapkan adalah yang terbaik untuk kita, tetap bersabar. di saat kita terjatuh. kita sering mempersoalkan sesuatu, bersyukur sudah tiada ertinya lagi. 



   kita sering bertanya : "hari hari asyik makan yang sama, bosan bosan. bila aku boleh kaya?" :( 

    


MARI. LIHAT. DAN BUKA LAH PANDANGAN ANDA DENGAN MATA HATI.

                    
 


    
      apakah tika ini, kita masih hendak mempersoalkan harta kekayaan lagi? Allahuakbar :( kita sentiasa mengidamkan kekayaan semua, tetapi sedarkah kita mereka di luar sana tidak terfikir perkara itu. mereka memikirkan apakah yang boleh dilakukan untuk bagi sesuap nasi kepada anak anak mereka ? Ya Allah, bangun lah sahabat ku :') sedar lah!


  )
  Hati yang masih kecewa masih mempersoalkan lagi , kita bertanya : "aku ingin sangat kasut baru tetapi aku tidak mampu, arghh dunia ini sangat kejam" :/


      
      YA ALLAH, beristighfar lah kali ini. anda kecewa kerana tidak dapat apa yang diidamkan ? Apakah mata hati anda sudah tertutup lansung ? lihat lah kekurangan dia ini berbanding dengan diri anda.


                    
                              



    Dia malahan , tiada kaki untuk memakai kasut. allahuakabar! dia masih mampu tersenyum. kenapa, kenapa bukan kah dia patut menangisi hari harinya ? tidak . tidak sama sekali. dia bersyukur. dia tau kehidupan ini banyak lagi yang bisa dilakukan. sekarang ni, pandang diri anda semula. adakah anda tidak cukup sempurna , adakah anda masih memberontak ? jawab lah sendiri dan renungkan.



  Hati yang gelap. bertanya lagi : "kawan kawan aku, semua boleh melancong bersama ibubapa mereka tetapi aku ? hanya duduk di rumah ,mereka berdua sibuk dengan kerja masing masing. aku benci!"




   jiwa mula memberontak. segala yang ditutrkan, sudah tidak meresap di hati. jiwa sudah keras! pada hari ini, i mohon buka lah mata anda semua dan lihatlah sendiri.




        




            kisah benar di iraq, kedua ibu bapanya meninggal terbunuh. dia masih kanak kanak berumur 4 tahun. mari semua, renungkan lagi. apakah masih terdetik di hati anda untuk merajuk dan memberontak dengan kedua ibu bapa anda? apa sudah tiada belas kasihan di hati anda ? apa jiwanya anda sudah tertutup? segera lah, berfikir. anda masih mempunyai ibu bapa untuk bermanja tetapi adakah kanak kanak ini bisa merasakan semua itu? apa dia mempunyai ibu untuk meluahkan masalah, apa dia punya bapa yang sentiasa menyokongnya apabila dia terjatuh. adakah ? adakah ? 



sudahkan anda merenung diri anda sendiri ? ayuh ketika ini senyumlah! berbahagialah. ALLAH S.W.T takkan menguji hambanya melainkan ingin melihat mereka berbahagia di sana, kembali lah kepadanya. berdoalah, doa itu satu senjata. 





             




tadahkan tangan anda, berdoa lah :) mari!



 
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

201)
 MAKSUDNYA : WAHAI TUHAN KAMI , BERIKANLAH KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN KEBAIKAN DI AKHIRAT, DAN PELIHARALAH KAMI DARI AZAB API NERAKA"

                                                 (AL-BAQARAH : 201)
        
              
        

  






4 comments:

  1. alhamdulilah. terimakasih :) singgah singgah lah blog i lagi. insyaallah. akan ada post yang lebih berguna lagi.

    ReplyDelete
  2. done follow..
    yang tertutup itu lebih indah
    aien nak jemput join segment kat blog aien... aien mencari 20 orang untuk dimasukan dalam bloglist..
    http://www.aienhermionie.my/2013/09/segmen-bloglist-aien-hermionie_8312.html

    ReplyDelete
  3. haha betul tu. okay insyaallah :)

    ReplyDelete

유 Assalamualaikum. Terimakasih sudi bersantai sepatah dua kata. heheh.
☺Sincerely appreciate comment uolss
✔ Anda dibenarkan berhujah, bahas , bebel / or anything.
Apa tunggu lagi? go on comment here ;) Thankyou!

 
Terimakasih sudi singgah! ©copyright own by me. Tapi ingat segala di sini adalah hak milik Sarah Halim. Mencuri tanpa sebab anda akan didakwa!