SOLEHAH ITU PASTI MILIK KITA!

30 sept 2013
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  INGATKAH LAGI KITA ?

 
 
"seindah indah perhiasan dunia adalah wanita solehah." ALLAHUAKBAR! seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali, malahan lebih baik dari daripada 1000 orang lelaki soleh..
 
 
 
 
SABDA RASULULLAH SAW :
 
 
 
 “Empat perkara termasuk dari kebahagiaan, iaitu  wanita (isteri ) yang solehah, tempat tinggal yang luas dan lapang, tetangga yang  soleh, dan tunggangan (kenderaan) yang nyaman. Dan  empat perkara yang merupakan kesengsaraan iaitu  tetangga yang buruk, isteri  yang jelik (tidak solehah ), kenderaan yang tidak nyaman, dan tempat tinggal yang sempit.” (Hadis Riwayat  Ibnu Hibban dalam Al-Mawarid hal. 302, disahihkan Asy-Syaikh Muqbil dalam Al-Jami’ush Shahih, 3/57 dan Asy-Syaikh Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 282).
 
 
 
 
BAGAIMANAKAH SEORANG WANITA SOLEHAH ?

Wanita teladan & isteri solehah ialah mereka yang sentiasa memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah kerana sesuatu hajat yang diharuskan oleh syara'. - See more at: http://seribusatuadamhawa.blogspot.com/2012/09/22-ciri-wanita-teladan-dan-isteri.html#sthash.LSgvqNz6.dpuf
 
 Seorang wanita yang sentiasa menjaga solatnya. Auratnya sentiasa dijaga dari pandangan orang bukan mahram mereka. selain itu, mereka sentiasa bersyukur dan sabar dengan ujian dan nikmat tanpa merungut. Menjaga maruah diri dan keluarga, sentiasa menunggu kepulangan suaminya dan menyambutnya di muka pintu dengan senyuman sehingga menyenangkan hati para suami. Wanita solehah juga sentiasa menjaga pandangan mata dari melihatan perkara yang mungkar dan haram.



 
GANJARAN WANITA SOLEHAH :
 
 

  Mereka diberi pilihan untuk memilih  mana mana pintu syurga yang mereka ingini.Besar sungguh ganjaran itu. Manfaat di dunia dengan memakai purdah sepenuhnya. Di syurga Allah swt. beri 70 kali ganda kecantikan La'ibah ketua bidadari. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat dari Allah swt. “ Mana-mana wanita yang melayani suaminya; meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya, maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (ketika saat kematian), dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi Tititan Sirat tanpa menempuh kesusahan.”

 

 

RENUNGAN BERSAMA : 

 

 Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

 

 

BERSAMBUNG UNTUK ENTRY AKAN DATANG ! tunggu okay :) SILA TINGGALKAN KOMEN AND PENDAPAT YOU ALL. TERIMAKASIH!

 



 
 
 
 
 

4 comments:

  1. best entry ni..suka suka!

    ReplyDelete
  2. haha terimakasih ye. insyaallah akan ada yang lebih best akan datang.

    ReplyDelete
  3. betul tu.suatu hari nanti, sye berharap dpt jadi begitu jgk.doakan.papepon, i'm waiting untuk entry akan datang :)

    ReplyDelete
  4. insyaallah. i will. solehah itu terletak pada akhlak seseorang itu :) i akan update yang terbaru nanti. waiting for it :p

    ReplyDelete

유 Assalamualaikum. Terimakasih sudi bersantai sepatah dua kata. heheh.
☺Sincerely appreciate comment uolss
✔ Anda dibenarkan berhujah, bahas , bebel / or anything.
Apa tunggu lagi? go on comment here ;) Thankyou!

 
Terimakasih sudi singgah! ©copyright own by me. Tapi ingat segala di sini adalah hak milik Sarah Halim. Mencuri tanpa sebab anda akan didakwa!