IMAN AND AMAL SOLEH ?

5 / 10 / 2013


 
 
 
 
 
 
 
    “Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguh-nya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (QS: An-Nahl: 97)
 
 
 
 
  Pada akhir zaman ini, umat Islam sudah semakin ramai dan sudah semakin ramai juga yang mengaku Islam but tidak berperwatakan seperti seorang islam. Malah ada yang memalukan islam dengan terikut ikut budaya lain, yang lari benar dari apa yang Islam telah mengajar kita. Oleh itu, teramat pentingnya iman dan amal soleh dalam kehidupan seseorang itu.


 
  Amal soleh ialah segala perbuatan yang disukai dan diredhai Allah iaitu yang selaras dengan syariat Islam. Amal soleh teramatlah penting kerana amal soleh merupakan buah keimanan kita kepada Allah manakala dengan adanya iman yang teguh kita pasti akan beramal soleh. fahamkah tentang konsep amal soleh ni ?



  
  Islam dibina di atas tiga asas yang utama iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Antara ketiga komponen ini, aqidah adalah asas yang paling utama dan tunjang kepada Islam. Tanpa aqidah, Islam akan terkubur dan segala amal soleh tidak akan dinilai di Akhirat nanti. sesungguhnya, iman juga amat penting.

  
  
 Persoalannya bagaimana keadaan iman tanpa amal? Adakah iman sebegini diterima oleh Allah? Jika direnung tak’rif iman, ada kalangan ulama yang menfasirkan iman sebagai tasdiq dengan hati. Tasdiq dalam erti membenarkan dan mempercayai sahaja. Manakala amal soleh dianggap sebagai pelengkap tetapi bukan syarat sahnya iman. Namun ada para ulama yang menafsirkan bahawa iman ialah tasdiq dengan hati dan beramal dengan anggota badan. Maka mengikut zahir tafsiran ini, iman tidak sah jika tiada amalan soleh.



    Dalam Quran sendiri dibezakan juga antara iman dan amal. Allah menyeru golongan beriman dan meminta mereka melaksanakan amalan soleh sama ada dalam bentuk ibadah khas atau ibadah umum. Sebagai contoh, dalam surah al-A’sr. Dalam surah ini diceritakan golongan yang rugi kecuali golongan yang beriman, beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
  


  Maka secara zahir, ada perbezaan antara iman dan amal soleh. Maka segelintir umat Islam masih ada yang enggan beramal ibadah kerana yang paling penting ialah keimanan kepada Allah.


  
 Oleh itu, yang penting di sini ialah keimanan perlu disuburkan dan dimantapkan. Penyuburan dan pemantapan iman mesti dilakukan melalui ilmu dan amal ibadah.Dengan adanya kekukuhan iman, sudah pasti adanya kekuatan amal soleh.



Allah Subhanahuwata’ala berfirman:
“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh (bahawa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar” (Al-Maidah: 9)
“Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahgiaan dan tempat kembali yang baik." (Ar-Ra’d: 29)
“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” (An-Nahl: 97)
“Sesunggunya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah kami tidak akan mempersia-siakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan yang baik.” (Al-Kahfi: 30)
“Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk, dan amal-amal soleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Rabmu dan lebih baik kesudahannya.” (Maryam: 76)




                                             
             Hope apa yang dikongsikan, dapat memberi manfaat kepada you all semua. insyaallah :) Mari sama sama kita fahamkan. okay ? 







 
 
 

2 comments:

유 Assalamualaikum. Terimakasih sudi bersantai sepatah dua kata. heheh.
☺Sincerely appreciate comment uolss
✔ Anda dibenarkan berhujah, bahas , bebel / or anything.
Apa tunggu lagi? go on comment here ;) Thankyou!

 
Terimakasih sudi singgah! ©copyright own by me. Tapi ingat segala di sini adalah hak milik Sarah Halim. Mencuri tanpa sebab anda akan didakwa!