skip to main |
skip to sidebar
Tips hubungan jauh kekal sweet&HappyEverAfter (New)
*Long-distance relay? Hahahaha. hm tak salah. If kena pada caranya.
he he he okay ni entry kedua untuk harini (rajin buat entry aicececece)
Rutin awal Relationship
**Sebenarnya rutin awal hubungan itu penting. kalau dari awal uolss dah biasakan dengan perkara tak dating, uolss akan terbiasa punya. kalau dari awal uolss cool je bila weekend je takde nak kuar2 bercinta, takde marah2 kalau gf/bf tak ajak date, haaaa memang perkara ni akan berjaya inshaAllah :)
sebabnya, if uolss dah terbiasa keluar bersama, weekend ke. Jadi bila ur sweetheart akan merantau jauh for sure, uolss akan keep on bergaduh 24 hours dengan dia. Well, as you know, bila jarak jauh ni kita tak tau apa yang sweetheart kita lakukan. So, mulalah timbul curiga. Rasa tak puas hati. Rasa jauh hati dan rasa negative sabagainya. uolss perlu ingat tau tu asam garam percintaan. HEHE
Ada Masa untuk diri Sendiri
**Hidup jangan nak bergantung sangat kalau dia belum jadi isteri/suami. biasakan diri
jangan sikit2 nak bagi tahu dia, sikit2 nak minta kebenaran dia. masing2 happy kan life masing masing. lepas ni kawen kita together laaa :)
bende yang remeh2 tu kurangkan kan laaaa. bende yang besar2 tu, mcm nak beli kereta baru ke, nak balik kampung ke, haaa apa salahnya inform dia
tapi setakat nak pi minum ayaq nyoq kat simpang 4 ka, nak beli baju kaler pink kat giant ke, rasa2nya tak usahla sangat kot. ask the important question only :) well, bila hubungan di jarak jauh , uolss tak pasti siapa yang dikelilingi olehnya? mungkin gadis gadis cantik? mungkin jejaka jejaka terhangat? hah..so jangan buat dia rimas. Nak manjakan uolss 24 hours. Bagi dia ruang untuk realease tension. Jangan nak menggedik sentiasa. Hahahaha gurau. Tapi, tak salah nak inform benda remeh if uols dengan dia sememangnya jenis macam tu
Boleh hidup tanpa dating
**kalau namanya couple ja mesti nak dating. bagi sara banyak lagi kita boleh happy happy masa couple. kalau tak biasa dengan dating, In Sya Allah ..uolsss akan cool jee bila berjauhan. makin rindu kang lagi ada :) tiap kali rindu menjelma, contact la thru phone, thru wassap, wechat, skype, fb, email, keek, twitter and bla bla. haaa banyak lagi technology yang ada sekarang. buat laa webcam selalu dari dating selalu. haaa kawan kawan kan ramai, pi laa hangout dengan kawan kawan :) Tak perlu nak jumpa sentiasa. well, kena biasa dengan life dia di sana. uolss di sini. paham? Ingat! Nak cari cinta memang mudah, but nak jaga cinta tuu ehem ehem paham paham sendiri la ye HAHA
Boleh hidup tanpa calling/chatting
**Haaaa kalau dah jauh, kadang2 line phone ni bukan selalu okay kan uolss? selalu contact tu baik tapi kalau tak dapat contact, jangan laa melenting. line phone ni pun ikut mood jugak. kadang2 sms sebelah2 pun tak delivered. Sara dulu tak tahu apa bende maxis duk buat promotion call murah laa, call free laa, super saver bagai sebab sara tak pernah guna.
and if selalu hantar report kat gf/bf pun kurang bagus jugak.
jangan 24jam uolss nak report gf/bf uolss. keluar rumah, naik kete, dah sampai, dah balik semua kena report. no need pun takpa. tapi kalau jenis gf/bf yang suka report dan hargai semua pergorbanan report kita takpa laaa, go ahead. ini kita ja selalu hantar laporan kat dia, dia terima ja. tak syioklaaa. then kalau call2 tak dapat, cool la dulu, jangan fikir bukan2, tah2 line problem ka, tertido ka, phone misplace ka, haaa positive ja. jangan kongkong sangat laaa. kalau dia milik kita nanti, mcm mana jadipun akan jadi milik kita :)
cececeeeeeeee uolss kena call selalu, tapi uolls boleh hidup tanpa call. haaa acaner nak explain tu?
avoid the temptation to be controlling.
Anggap relationship tu serious ke yang lebih lanjut
**Dua dua kena focus. kalau nak pasangan kita focus, kita pun kena focus. so, apa focus bercinta? mestilaa untuk terus kahwin. bukan cinta main2 cinta monyet tu takda wawasan apa pun. sama2 kejar cinta halal, sama2 berusaha capai cinta sejati. InshaAllah Allah bantu permudahkan urusan yang baik. Talk about your future together!
For example: Si lelaki bataskan pergaulan dengan gadis - gadis lain untuk elakkan TERberi harapan atau TERjatuh hati pada gadis lain untuk focus pada relationship dia walaupun berjauhan. nak keluar dengan kawan2 perempuan sekelas ke seoffice ke silakan asal tahu batas pergaulan. dalam hati masih satu je yang dia sayang, baru laa kekal relay tu :)
Kongsi minat bersama&Talk about it
**Uolss share dengan dia minat uolss berdua, the tukarkann. Tapi uolss pun kenalah dengar minat dia jugak. Jangan syiokk bercerita, sampai dia terpaksa dengan uolss je bercakap. Bosan uolss tau tak? hahaha.
Saling meluahkan perasaan sayang
**Mungkin anda malu untuk meluahkan perasaan bila berdepan dengan si dia. Mungkin anda seorang yang pendiam sewaktu dengan si dia. Ambil kesempatan ketika berjauhan ini untuk meluahkan perasaan anda kepadanya.
“Abang, ayang sayang kat abang sangat2″
“B, sebenarnya kite rinduuuuuuuu sangat2 dah kat B :( “
Heehehe sebegitulah yang dimaksudkan..well, sometimes dorang maybe merasakan dorang makin jauh dengan uolsss, so uolss kena sentiasa hantar bait bait sweet pada dia tunjukkan perasaan uolss dekat dia tak pernah hilang.
(SUDAH SAMPAI MASA MENGUNDUR DIRI. TERIMAKASIH MEMINJAMKAN MATA&TANGAN. PRAKTIKKAN!)
#ThankyouMyFollowers
#LoveyouAll
#IwantToSleep
#SleepingBeauty
Terimakasih sudi singgah! ©copyright own by me. Tapi ingat segala di sini adalah hak milik Sarah Halim. Mencuri tanpa sebab anda akan didakwa!
No comments:
Post a Comment
유 Assalamualaikum. Terimakasih sudi bersantai sepatah dua kata. heheh.
☺Sincerely appreciate comment uolss
✔ Anda dibenarkan berhujah, bahas , bebel / or anything.
Apa tunggu lagi? go on comment here ;) Thankyou!